HIKMAH

AL-Qur'an ini adalah penerangan bagi umat manusia serta petunjuk dan pelajaran bagi Orang-orang yang bertaqwa. ( QS.. 3 : 138 )

Allah memberikan kebijaksanaan kepada Orang yang dikehendaki-NYA. Barangsiapa yang diberi-NYA kebijaksanaan itu, berarti ia telah mendapat banyak kebaikan, hanya orang-orang yang mahu berfikir saja yang dapat mengambil pelajaran ini. ( QS.. 2 : 269 )


Inikah yang Anda inginkan ? Sembuh dari berbagai Penyakit (Kronis) yang Anda, keluarga Anda derita ? Sembuhkan segera dengan Terapi ayat suci al-quran' !

Firman Allah Surah An-Isra' Ayat 82

Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian.

Ahad, 20 Mac 2011

Saka

Saka adalah istilah orang melayu terhadap jin/syaitan..saka selalu ditujukan kepada orang tua2 dahulu yang mana mereka ini membela khadam/sahabat atas kegunaan tertentu..jangan kita terlalu menuduh orang tua dahulu memiliki saka..kerana kita tiada bukti untuk menuduh sedemikian..jika tuduhan kita salah sesungguhnya kita telah berdosa terhadap mereka..jika mereka sudah meninggal dunia bagaimana kita ingin meminta maaf..jin hidup menumpang,kadang-kadang kita terkena ganguan makhluk halus yang sengaja merasuki kita dan mengaku dia adalah saka..ini yang menyebabkan orang yang tidak faham n tiada didikan agama akan terus melulu menuduh saka itu adalah dari tokwan atau nenek mereka..dakwaan ini salah satu punca perpecahan kekeluargaan..ingatlah jin hidupnya suka menipu,suka memecah belah kekeluargaan,jadi mengapa perlu kita percaya akan cakapnya..???ingatlah jin/syaitan permainan mereka sangat halus dan licik bagi merosakkan aqidah dan iman anak cucu adam...

peringatan!!!!!
jika berlaku kes seperti ini jangan!!!! menuduh saka atau sihir...anggaplah ia adalah ganguan makhluk halus biasa..
rawatlah seperti biasa dengan Ayat suci Al-quran Insya Allah dengan izin Allah segala jenis makhluk halus ini akan keluar..

Terhindar dari sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Ayat Suci Al-Quran

Selawat Syifa

Selawat Syifa- Jwpn Prof Dato' Dr Harun Din 1